Tulang Belakangku

Tinggalkan Jejak Ampa Kat Sini Supaya Senang Si Gadis Sorban Nak Menjejaki Ampa (^^,)~~

Friday, September 16, 2011

7 Kelebihan Syaitan Berbanding Manusia

Amaran : 
Berhati-hati dengan title diatas.. 
Tetapkan akidah ampa sebelum membaca entry ni.. 

Pada dasarnya darjat manusia adalah lebih tinggi dari syaitan..
Tapi ampa percaya x kdg2 syaitan tu ada kelebihannya berbanding manusia?? 
Entry kali ni akan memaparkan 7 kelebihan syaitan berbanding manusia.. 
Ampa baca & faham.. tapi jgn sampai terpesong akidah pulak noo..

7 Kelebihan Syaitan Berbanding Manusia :

1. Pantang Menyerah
Syaitan tidak mudah menyerah kalah selagi keinginannya untuk menyesatkan manusia belum tercapai. Sedangkan manusia begitu cepat menyerah kalah jika apa yg diimpikan masih belum dapat dicapai dan sering mengeluh dgn ujian Allah swt.

2. Selalu Berusaha
Syaitan akan mencari jalan dan sgt kreatif utk menyesatkan manusia. Namun manusia selalu malas berusaha dan hanya mengharapkan bantuan daripada orang lain.

3. Konsisten
Syaitan sentiasa konsisten, tekun, tidak mudah mengeluh & tidak mudah putus asa dalam melakukan tugasnya. Tetapi manusia mudah lalai dan cepat merasa bosan dengan sesuatu tugasan.

4. Bekerjasama
Sesama syaitan, mereka tidak pernah saling menyakiti, malah sering bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia ada yang berpecah belah dan gemar melakukan tugas bersendirian serta tidak suka orang lain masuk campur dalam urusan mereka.

5. Genius
Syaitan sangat bijak dalam mencari idea untuk menyesatkan manusia. Manakala manusia ramai yg tidak kreatif, bahkan sering meniru & melakukan kerja sia-sia.

6. Tidak Berkira
Syaitan bekerja 24 jam tanpa mengharapkan sebarang imbuhan. Manusia pula sangat berkira terutamanya dari segi tenaga, wang dan masa.

7. Suka Berkawan
Syaitan adalah makhluk yg sering ingin berteman agar semakin bertambah temannya di Neraka kelak. Sesetengah manusia pula ramai yg memilih teman agar sedarjat dan mementingkan diri sendiri serta egois. 

Artikel ni bukan utk menyesatkan ampa.. 
Tapi aku nak ampa semua baca dari sudut yg positif ok!!
Maaf kalau terkasar bahasa.. ^_^

No comments:

Post a Comment