Tulang Belakangku

Tinggalkan Jejak Ampa Kat Sini Supaya Senang Si Gadis Sorban Nak Menjejaki Ampa (^^,)~~

Thursday, January 13, 2011

Kenali Siapa Nurun Najwa

Salam 1 Malaysia. 

First of all aku nak cerita la serba sikit pasai diri aku. 

Nama yg diberi Nurun Najwa binti Khalid. Diulangi...Nurun Najwa binti Khalid. Maksud nama aku ialah 'Cahaya Bisikan Rahsia Yang Kekal'. Sesuai sgt kot dgn diri aku yg suka berahsia ni.huhu..

Orang selalu tanya aku kenapa nama aku Nurun dan bukan Nurul. Aku mula2 dulu pun pelik jgk. Kenapa la mak ayah aku yg tercinta blh boh nama aku pelik lagu tu. 

Tapi bila dah selidik punya selidik, baru la aku tau punca sebab dan akibatnya.hehe.. 

Sbbnya..nama aku tu kalau dieja dalam jawi mcm ni la bunyi dia : Nun , Wau , Ro , Alif , Lam , Nun , Jim , Wau & Ya. So, kalau dibaca dgn sebutan Bahasa Arab, huruf Alif dan Lam tu x kedengaran. Bacaan dia kena bersambung sbb selepas huruf Alif dan Lam, ada Nun bertanda shaddah. So jadi la bunyi dia Nurun.


Cecece..aku ckp mcm pakar bahasa plk. Hat tu.. Hat ni.. Padahal baca jawi pon boleh tahan ja.hehe.. 

Dulu2 aku mmg ada masalah dgn nama aku. Setiap kali isi borang apa2, org mesti silap eja nama aku. Letih jgk la dok kena pebetoi balik. Tapi bila dah besaq2 ni, masalah tu mula berkurang. Alhamdulillah..

Paling penting, aku sgt berbangga dgn nama aku. Blh kata aku ni cepat dikenali dgn ejaan nama yg pelik ni. Tq so much mak ayah sbb bg nama yg cantik ni. Aku harap nama ni dpt bg aku kehidupan yg aku impikan. Amin..

Ampa nak panggi aku dgn nama apa pon boleh. Aku x kisah pon. Janji nama tu membawa maksud yg baik. Kwn2 aku ada yg panggil Nurun, ada yg panggil Najwa, Wawa, Awa.. sampai la sependek2nya Wa. X kisah la. Aku cool ja.hehe.. 

So..salam perkenalan semua. Harap2 ampa hepi dan blh sama2 kongsi idea, pandangan dan maklumat terbaru kat sini. Jgn malu2, jgn segan2.hehe.. 

Sampai berjumpa lagi.. :)



Individu yg berjaya dalam hidup mempunyai nama yg cukup indah dan sempurna.
Nama yg baik mampu memelihara hidup sesorg individu itu.

1 comment: