Tulang Belakangku

Tinggalkan Jejak Ampa Kat Sini Supaya Senang Si Gadis Sorban Nak Menjejaki Ampa (^^,)~~

Tuesday, June 21, 2011

Legging : Tutup Aurat Ka?


Baca ini dan fahami ini dahulu.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. Dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)

Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimana pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas???

Sudah tentu ramai bukan??? Begitulah wanita Islam akhir zaman.

Tudung pakai, kononnya mahu menutup aurat. Kadangkala baju pun sudah tutup aurat. Satu masalah besarnya ialah mereka pakai LEGGING pula di bawah. Bila sudah pakai LEGGING, maka lelaki akan nampak jelas bentuk betis dan peha mereka kerana LEGGING itu sangat ketat. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain atau seluar yang lapang dan longgar untuk melindungi bentuk betis, peha dan punggung mereka apabila di luar.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu WAJIB UNTUK TIDAK MENCURI2 MELIHAT wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

** Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
** Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Wallahu'lam..

TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANG, SENDAT DAN KETAT.

APAKAH CARA PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA DIPANDANG MULIA DAN SEORANG WANITA DIPANDANG MURAHAN ????

Setiap manusia diberikan AKAL Fikiran untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang HALAL dan mana yang HARAM..
JADI FIKIR2KANLAH...

ANDA PILIHLAH SENDIRI "SYURGA" ATAU "NERAKA" YANG ANDA PILIH...

No comments:

Post a Comment