Tulang Belakangku

Tinggalkan Jejak Ampa Kat Sini Supaya Senang Si Gadis Sorban Nak Menjejaki Ampa (^^,)~~

Tuesday, June 21, 2011

Apa Itu CINTA???

Assalamualaikum…

Bismillahirrahmanirrahim...

Apa yang kita faham tentang cinta???

Cinta itu memang indah dan Cinta memang ada pada setiap manusia, tapi kita perlulah berhati² dengan Cinta. Berbagai² kemungkinan boleh berlaku kerana Cinta, malah ada yang sanggup bunuh diri kerana CINTA. Ada jugayang kurang siuman dan hidupnya tidak terurus disebabkan oleh CINTA.

Cinta terbahagi kepada dua iaitu Cinta Hakiki dan Cinta Nafsu. Oleh itu, kitalah yang akan menentukan samada cinta yang lahir dalam diri kita itu adalah cinta yang berlandaskan syariat ALLAH atau cinta mengikut NAFSU semata².

Apa itu Cinta…???

"Cinta adalah 2 Hati menjadi 1. Dua orang Hati Satu"

Itulah dinamakan CINTA..

Setiap manusia ada perasaan Cinta. Jadi Cinta adalah perasaan yang telah Allah kurniakan kepada setiap manusia.

Kita tidak boleh halang seseorang jatuh Cinta, tapi kita cuma boleh bimbing Cinta itu ke arah kebaikan. Cinta itu mestilah bersih dan murni. Jangan cemari Cinta dengan perkara yang cemar dan dosa. Selalunya Cinta itu akan berakhir dengan perkahwinan.

Tetapi cinta itu juga sebenarnya ialah tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan.

Contohnya:

“Tipah Abang sayang kamu, Abang cinta pada kamu, tapi Tipah Abang nak bagitau pada kamu, Mak Abang tak suka pada kamu”

“Sebab apa Abang?”

“Entahlah Tipah, mungkin kamu tak reti masak Tom Yam” sebab itu Mak Abang tak suka pada kamu.. Mak Abang berkeras tak bagi kita kahwin, Abang dah usaha berbagai cara tapi Mak Abang tetap tak bagi kita kahwin..

“Abang takut kalau kita kahwin nanti Tipah kena siksa dengan Mak, Tipah kena pulau dengan Mak, hidup Tipah akan sengsara kalau Abang kahwin dengan Tipah. Oleh sebab Abang CINTA pada Tipah Abang tak mau Tipah hidup susah dan menderita, jadi tak jadilah kita kahwin Tipah.”

Haa.. Itulah dinamakan CINTA..

Hakikatnya semua orang akan mengatakan bahawa kalau bercinta mestilah berakhir ke jinjang pelamin. Tidak! Cinta tidak semestinya berakhir di jinjang pelamin, Cinta juga tidak semestinya berakhir dengan genggam tangan Tok Kadi.

Oleh itu CINTA sebenarnya ialah nak bagi senang antara pasangan dan hati menjadi tenang. Salah satunya adalah datang keredhaan kepada mak bapak dan mereka akan menerimanya sebagai ahli keluarga.

Oleh itu carilah calon yang ibu bapa kita redha, Insya Allah akan mendapat rahmat Allah.

Jadi kita kena faham apa itu maksud CINTA. Sesiapa yang belum faham makna CINTA kenalah belajar memahaminya dulu sebelum bercinta..


CINTA HAKIKI
~~~~~~~~~
“Cinta yang HAKIKI ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.”

Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Begitulah juga dengan CINTA, ia adalah kuasa, tetapi kuasa itu memerlukan peraturan dan kawalan. Sebagaimana jasad memerlukan makanan, begitulah jua halnya dengan jiwa yang memerlukan CINTA.

Cinta Suci tidak memerlukan semua itu. Ia tumbuh atas dasar tapak yang murni dan selalunya didorong oleh faktor agama, akhlak, kewibawaan dan keperibadian yang baik. Dorongan dan rangsangan yang menyuburkan Cinta ini tidak memerlukan kata-kata luahan yang indah. Namun, body language sudah cukup membuktikan betapa dalamnya Cinta ini. 

Kebiasaannya, Cinta Suci seperti ini pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahan. Bahkan jika diizinkan Allah, ia akan bersambung di akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di akhirat.

CINTA NAFSU
~~~~~~~~~
Jikalau cinta seseorang itu benar² hanya kerana Allah, dia akan lebih khusyu' dalam solatnya dan semakin bertambah pula amal ibadat dan ketakwaannya kepada Allah. Sebaliknya, jikalau hubungannya dengan Allah semakin renggang dan mengarahkan dirinya melakukan perkara-perkara yang merugikan dan melelaikan, itu ertinya Cinta NAFSU.

Cinta yang bersalut nafsu akan mudah diganggu oleh syaitan. Maka akan berlakulah zina hati dan mata. Jika demikianlah keadaannya, bagaimana akan khusyu' solatnya? 
Orang yang sebegini sifatnya jikalau dia mengaku yang Cintanya itu dibina atas dasar Cinta kepada Allah jelaslah yang dia telah menipu dirinya sendiri. Mustahil boleh bersatu dua unsur yang berlainan dalam satu masa sebagaimana sukarnya air dan minyak bercantum menjadi satu. Oleh yang demikian, bimbinglah diri kita supaya kita mendapat Cinta HAKIKI. 

Insya Allah…

P/s: Nama yang digunakan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah mati.. jika sama mungkin kebetulan sahaja.. harap maaf...

No comments:

Post a Comment