Tulang Belakangku

Tinggalkan Jejak Ampa Kat Sini Supaya Senang Si Gadis Sorban Nak Menjejaki Ampa (^^,)~~

Sunday, April 1, 2012

Siapa Yang Bekerja Sebenarnya???

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkira..

Saturday, March 31, 2012

Sheila Abdul - Mungkinkah

Seperti ada yang tak kena
Disaat melihat ke arahmu
Saat kau berpaling dan tersenyum
Dunia jadi luar biasa

Maafkan andainya ku mengganggu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Mungkinkah kau tidak terasa
Perbezaannya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Maafkan andainya ku mengganggu
Ku bukan membaca fikiranmu
Ku hanya ingin mengenalimu
Dan tahu ku menyukai kamu

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Mungkinkah kau tidak terasa
Perbezaannya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah

Mungkinkah ku teman biasa
Seawalnya kita berjumpa
Mungkinkah kau tidak terasa
Perbezaannya

Mungkin bila tiba saatnya
Kita akan tetap bersama
Mungkin kita kan jatuh cinta
Mungkinkah


Mungkinkah… oooo…
Kita akan bersama..
Oooooo
Munginkah…



Uitttt....tetiba minat lagu ni.. huhu.. jom karaoke.. ^^ 


~~ Gadis Sorban ~~

Tuhan Pernah Berbisik

Ketika aku kirimkan seseorang kepadamu...
Aku tidak memberikan seseorang yang sempurna...
Kerana kamu juga tidak sempurna...
Aku mempertemukan kamu dengannya...
Supaya kalian dapat saling berbagi...
Dan bertumbuh bersama...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang...
Terimalah seadanya...
Yang membawa kebaikan kepada diri kamu...
Menyayangimu... Mengasihimu...
Dengan tulus dan sepenuh hati...
 Mengapa kamu harus berlengah...
Dan cuba membandingkannya dengan yang lain...

Ingat...
Jangan pernah mengejar kesempurnaan...
Kerana kelak kamu akan kehilangan yang terbaik...
Yang sudah kamu raih...
Dan kamu akan menyesal...

Bila Perempuan Bertindak Balas . . .









Wednesday, March 28, 2012

3 Jenis Jodoh

Sekadar renungan bersama :-)


Terdapat tiga jenis jodoh :

Jodoh dari Syaitan : 
Berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin : 
Berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah : 
Cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.



~~ Owh..kenapa mlm ni tiba2 mood jiwang?? hahahhh.. salah rumet la ni.. pasang lagu jiwang kuat2.. kan dah berjangkit.. ehhh?? dushhh.. dushhh.. senyum sorang2.. ~~