Tulang Belakangku

Tinggalkan Jejak Ampa Kat Sini Supaya Senang Si Gadis Sorban Nak Menjejaki Ampa (^^,)~~

Tuesday, June 21, 2011

Legging : Tutup Aurat Ka?


Baca ini dan fahami ini dahulu.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. Dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)

Fikir dan ingat kembali wanita-wanita Melayu Islam baik muda atau tua yang pernah anda lihat di majlis-majlis kenduri kahwin hinggalah ke pusat membeli belah. Bagaimana pakaian mereka ? Pernah tak anda ternampak wanita Islam yang berpakaian seperti yang disebutkan di dalam sabda di atas???

Sudah tentu ramai bukan??? Begitulah wanita Islam akhir zaman.

Tudung pakai, kononnya mahu menutup aurat. Kadangkala baju pun sudah tutup aurat. Satu masalah besarnya ialah mereka pakai LEGGING pula di bawah. Bila sudah pakai LEGGING, maka lelaki akan nampak jelas bentuk betis dan peha mereka kerana LEGGING itu sangat ketat. Apa gunanya bertudung ?

Nasihat: Sebab itulah Islam suruh wanita pakai kain atau seluar yang lapang dan longgar untuk melindungi bentuk betis, peha dan punggung mereka apabila di luar.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu WAJIB UNTUK TIDAK MENCURI2 MELIHAT wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

** Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
** Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Wallahu'lam..

TIDAK SALAH BERFESYEN, TETAPI JAUHKAN DIRI DARI PAKAIAN YANG JARANG, SENDAT DAN KETAT.

APAKAH CARA PAKAIAN YANG MEMBEZAKAN SEORANG WANITA DIPANDANG MULIA DAN SEORANG WANITA DIPANDANG MURAHAN ????

Setiap manusia diberikan AKAL Fikiran untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang HALAL dan mana yang HARAM..
JADI FIKIR2KANLAH...

ANDA PILIHLAH SENDIRI "SYURGA" ATAU "NERAKA" YANG ANDA PILIH...

Berita Harian Online | Lindungi kanak-kanak

Berita Harian Online | Lindungi kanak-kanak

Lindungi kanak-kanak
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my
2011/06/21


Perlu tenaga kerja sosial cekap, terlatih 

"MALAYSIA antara negara di dunia, mempunyai pentadbiran sosial yang indah dan sempurna, tetapi masih ada yang perlu diperkemaskan untuk membolehkan ia beroperasi dengan lancar. Seharusnya ia bagaikan permainan 'jigsaw puzzle', yang di akhir permainan menemui jawapan, tetapi pentadbiran sosial yang ada berakhir dengan kekeliruan dan sukar menemui penyelesaiannya."

Demikian lontaran perunding Pertubuhan Dana Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Dr Pauline Meemeduma, mengulas mengenai pekerja sosial di negara ini. Beliau antara pakar yang terbabit dalam merangka pindaan Rang Undang-undang Pekerja Sosial, yang akan dikuatkuasa menjelang akhir tahun ini.

Kehadirannya ke ibu kota dalam lawatan lima hari ke Malaysia adalah untuk melatih dan memberi sokongan kepada pekerja sosial dalam merealisasikan akta berkenaan. 

Membandingkan Malaysia dengan negara membangun lain, beliau menyifatkan pentadbiran kerajaan, sistem sokongan, termasuk kementerian khusus menjaga kebajikan sosial, Jabatan Kebajikan Masyarakat, sedia ada, amat sempurna tetapi untuk menyelesaikan kes membabitkan penderaan domestik umpamanya, memakan masa lantaran kekurangan pada bahagian tenaga kerja. 

“Dalam penyelidikan yang kami jalankan, kami dapati pekerja sosial yang kurang berpengalaman, tidak terlatih serta tidak mencukupi antara perkara paling perlu ditangani. Kita mahu kalau sesuatu kes membabitkan penderaan seksual serta domestik, kanak-kanak perlu segera dibawa keluar daripada persekitaran itu dan diselamatkan. 

“Pakar yang terlatih umpamanya tahu bagaimana menangani kes sebegini, bukan hanya menunggu arahan demi arahan sebelum bertindak,” katanya. 
Dr Meemeduma, pakar dalam perlindungan kanak-kanak, mempunyai lebih 35 tahun pengalaman dalam bidang profesional itu. 

Sejajar dengan kempen ‘Get On Board 2010’ UNICEF bekerjasama dengan kerajaan untuk memperkasa persekitaran perlindungan kanak-kanak di negara ini. 

“Perubahan amat perlu memandangkan ia adalah asas kepada pembangunan perkhidmatan kualiti sosial sesebuah negara. Tambahan pula pekerja sosial perlu dipertingkatkan kerana mereka adalah kumpulan majoriti dalam perkhidmatan kebajikan di seluruh dunia. Tanpa mereka, kita tidak sebenarnya tidak mampu memberikan perkhidmatan sosial terbaik,” katanya. 

Sebelum ini, pekerja sosial boleh terdiri daripada sesiapa saja tetapi menerusi Rang Undang-undang Pekerja Sosial, tugas itu hanya boleh dijalankan oleh pekerja berlesen dan pekerja sosial yang cekap. 

Tahun lalu, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju, perlu ada Akta Pekerja Sosial untuk mengawal selia tugas berkenaan. 

Menerusi undang-undang itu, hanya mereka yang memenuhi syarat tertentu akan didaftarkan. Rang undang-undang juga memperuntukkan semua pendidikan sosial yang berkaitan dengan kerja dan kursus latihan diluluskan dan diiktiraf Majlis Kebangsaan Kerja Sosial. 

Ini bagi memastikan kursus diajar, berkaitan serta diterima selaras pada peringkat antarabangsa, membolehkan kumpulan pekerja sosial turut mampu menyumbang perkhidmatan mereka di mana saja di dunia. Di Australia umpamanya, hanya pekerja sosial dengan sekurang-kurangnya dua dan setengah tahun pengalaman dibenarkan mengendalikan kes serangan seksual kanak-kanak. 

Meemeduma, yang sudah lama ‘mengenali’ Malaysia, berkata negara ini sememangnya mahu memberikan perkhidmatan terbaik dan memanfaatkan sumber yang ada tetapi tenaga kerja itu ‘hilang’ apabila mencari peluang berkhidmat di luar negara yang menjanjikan pulangan lebih lumayan. 

“Rangka laluan kerjaya yang jelas bagi individu dalam perkhidmatan ini amat mustahak. Dengan pakej imbuhan yang lebih baik untuk setara dengan tahap kepakaran mereka. 

“Lebih utama, kita tidak mahu orang-orang berkelayakan dalam kerja sosial, pergi meninggalkan tugas mereka. Kita mahu mereka meningkatkan kelayakan sama ada pada peringkat untuk sarjana kerja sosial atau kelayakan baru dipanggil pekerja sekutu sosial, yang perlu mempunyai sekurang-kurangnya minimum satu tahun latihan kerja sosial,” katanya yang percaya, apabila rang undang-undang menjadi undang-undang, ramai yang akan menerima baik perubahan itu. 

Paling utama, tegas Meemeduma, undang-undang itu bakal menjadi satu perlindungan berkesan untuk kanak-kanak kerana bentuk jenayah hari ini semakin kompleks hingga tidak terjangkau fikiran yang waras. 

Ia juga bukan lagi masalah setempat, sebaliknya seantero dunia. Justeru, perlindungan untuk kanak-kanak menjadi cabaran besar buat mana-mana negara. 

“Antara masalah paling jelas ialah pembabitan dengan dadah, perdagangan dan eksploitasi komersial wanita serta kanak-kanak, terutama di Asia. Begitu juga ancaman HIV/Aids yang semakin ketara berbanding dulu. Isu negara ini, bila ia menjadi semakin rumit, sedangkan kecekapan tenaga menangani, kurang. 

“Kita mesti cepat berubah dan positif dengan perubahan sekeliling supaya apabila sesuatu masalah menerpa, ia dapat ditangani dengan cemerlang dan ini boleh diperoleh menerusi pekerja sosial yang mampu bersaing,” katanya. 

Mengakhiri bicara, Meemeduma mengakui tidak ada satu lokasi pun di dunia yang dapat mencegah sepenuhnya penganiayaan atau pembunuh terhadap kanak-kanak, namun tegasnya, masalah itu dapat dikurangkan dan ditasi dengan berkesan dengan adanya tenaga kerja sosial yang cekap. 

IINFO: Rang Undang-undang Pekerja Sosial 



  • Semua agensi kebajikan sosial di Malaysia (kerajaan dan bukan kerajaan) hanya boleh mengambil pekerja sosial yang cekap (berdaftar dan berlesen) dan hanya mereka yang berkelayakan dibenarkan melaksanakan tugas berkenaan. 




  • Semua pendidikan sosial yang berkaitan dengan kerja dan kursus latihan pertama mestilah yang diluluskan dan diiktiraf oleh Majlis Kerja Sosial Negara. 




  • Kerajaan dan NGO perlu mengadakan jawatan kerja sosial, jika perlu, dengan kerja yang sesuai berhubung imbuhan serta jawatan. Hanya pekerja sosial yang layak boleh dilantik ke jawatan ini. Sebagai contoh, hanya seorang pekerja sosial dengan sekurang-kurangnya dua setengah tahun pengalaman boleh mengendalikan kes serangan seksual kanak-kanak. 




  • Pembentukan kumpulan pekerja sosial yang berkelayakan, cekap dan diiktiraf di peringkat antarabangsa boleh berkhidmat di Malaysia atau di tempat lain di dunia. 




  • Thursday, April 28, 2011

    Bahaya Coca-Cola


    Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

    1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

    2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

    3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

    4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

    5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

    6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

    7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.
    Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!



    Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

    Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

    Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

    Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

    Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.

    Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

    Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

    Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

    Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

    Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

    Wednesday, March 30, 2011

    Cara Wardina Latih Anak Lekat Solat 5 Waktu

    Sebuah kisah benar.. Sgt2 terharu bila baca artikel ni yg aku copy entah dari sesapa.. Semoga kita mendapat manfaat darinya.. :)

    BERBALOI PENAT LELAH KU...
    by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm


    Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

    I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

    I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

    1) Kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat.

    2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thn dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

    3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

    4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away. (yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

    5) Kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

    Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

    She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

    Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

    And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

    But the key to all this is : Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

    Thursday, March 3, 2011

    Panduan Berdoa Dgn Betul

    Doa adalah senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.
    Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Yang Maha Esa. Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT sebenarnya, termasuk 99 nama Allah.

    Menurut Ustaz Abdullah Mahmud, kalau perhatikan betul-betul, kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi huruf ‘ba’. Titik ‘ba’ letak kan di hati kita. Kedudukan titik ‘ba’ lebih rendah dari tangan yang kita tadah.” Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran, Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Malaikat yang menjaga huruf ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail‘. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.”

    Berikut ini adalah kaedah atau cara menadah tangan dan berdoa dengan betul :

    1. Angkat tangan ke paras dada

    2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan mengenai satu sama lain

    3. Apabila tapak tangan dirapatkan, urat atau garisan di tapak tangan akan bertemu dan menjadi melengkung berbentuk seperti huruf ‘ba’

    4. Titik bagi huruf ‘ba’ tu letakkan di hati. Kedudukan titik itu lebih rendah dari tangan yang kita tadah.

    5. Duduklah dalam keadaan yang penuh sopan. Cara duduk yang terbaik ialah duduk iftirash (duduk seperti duduk antara 2 sujud) atau duduk seperti dalam tahiyyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul. Jangan bersandar seperti orang malas.

    6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain, bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya, jika berdoa mohon dipermurahkan rezeki, sebutlah nama Allah (ar-Rozzaq).

    7. Doa diakhiri dengan puji-pujian pada Allah dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

    8. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dari hati kita. Gunalah bahasa yang mudah difahami kerana Allah Maha Pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus dari hambaNya. Walau dalam bahasa apa kita cakap, Allah pasti faham. Namun, kalau dapat berdoa dengan doa-doa yang diajarkan oleh Nabi SAW (dalam bahasa Arab), itulah yang terbaik.

    Sumber : Daripada Ustaz Abdullah Mahmud