Tulang Belakangku

Tinggalkan Jejak Ampa Kat Sini Supaya Senang Si Gadis Sorban Nak Menjejaki Ampa (^^,)~~

Monday, December 17, 2012

Mendidik Anak-anak


Renungan bersama...


1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas.



2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak kerana nanti anak jadi bertambah degil, nakal dan sukar dikawal.



3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya, ia ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

...Sabda Rasulullah s.a.w. :-

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tidak mengapa. Jika suka, geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan menjadi rapat. Selepas tujuh hingga 14 tahun, kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”



4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.



5) Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.


6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.



7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.


8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.



9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.


10) Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah sesekali mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai sesuatu beban.


11) Dengarlah cerita anak anda kerana cerita itu tidak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.



12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.


13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri dan mereka akan menirunya.


14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakanlah hadiah hari lahir yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai, akan belajar menghargai orang lain.


15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.


16) Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.


17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.



19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.


20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.


21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


22) Anak akan menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.



“Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya
menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Kajian GS #1 ^^


99% pelajar sekolah
suka mendengar ayat di bawah ini:
l
l
l
l
l
l

V

(1) "Cikgu ada mesyuarat"

(2) "Cikgu tak datang"

(3) "Cikgu pergi kursus"

(4) "Cikgu ada hal"

(5) "Cikgu suruh buat kerja sendiri"


Kihkihkih.. Aku pun sama jerrr..... 2x5 jugakkk.. ^^

Wednesday, November 21, 2012

Nak Kawen Pun Susah Ka??

KAHWIN HANTARAN MURAH ♥
☞ Ish! Murahnya hantaran dia, ni mesti bakal menantu dia sengkek ni!

KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥
☞ Ish! Mahalnya? Nak jual ke anak apa?! Mesti nak menunjuk hantaran anak dia mahal.

KAHWIN UMUR MUDA ♥
☞ Ish! Muda-muda dah kahwin, ni mesti ade buat benda tak baik ni. Ntah-ntah dah ada isi kot!

KAHWIN DI LEWAT USIA ♥
☞ Ish! Dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen. Kesian, tak laku kot!

KAHWIN MAJLIS KECIL ♥
☞ Ish! Ni majlis kahwin ke ape? Kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sikit!

KAHWIN MAJLIS BESAR ♥
☞ Ish! Besarnye majlis. Kalah anak DATUK. Nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!

BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA.

Monday, August 13, 2012

Trilogi Cinta 2 - Update Info Tayangan


On Air : 6 September 2012
Setiap Khamis & Jumaat
10 malam di TV1


- S . A . B . A . R -

(^_^)


~~ Gadis Sorban ~~

Sunday, August 12, 2012

Aku Tak Hilang Laaa...

Assalamualaikum..

Tudiaaaaaa.....lama gila aku biaq blog ni bersarang..
Kalau tanam pokok pelam, dah blh mkn apa.. haha..

Title kali ni : Aku Tak Hilang Laaa...
Haaa...betoi la aku xhilang..
Aku masih ada kat sini..
Cuma mendiamkan diri seketika..

Hmmm...sepanjang aku mendiamkan diri ni..
Banyak sangat pengalaman baru yg aku kutip..
So..banyak benda aku nak kongsi dgn ampa..

Tapi masa betoi2 mencemburui aku..
Asyik xdan saja..

Nak kata busy study, x mungkin..
Dok membilang hari nak konvo ja ni..

Busy pasai apa pun aku xtaw..
Tapi boleh kata tiap2 hari aku ada ja kerja nak buat..
Kadang2 sampai xsempat nak rehat..
Letih gilaaaa kot......

Apapun, Alhamdulillah..
Aku panjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi..
Aku masih diberi peluang bertemu Ramadhan..

Walaupun minggu depan dah nak raya..
Aku tetap nak ucap "Selamat Berpuasa" kpd semua..
Semoga Ramadhan kali ni memberi 1001 keberkatan..
InsyaAllah..

Sampai kat sini dulu aku nak coret kali ni..
Nnt ada masa, aku kongsi pengalaman2 aku tu..
Jumpa dilain siaran ya..


~~ Gadis Sorban ~~

Wednesday, May 30, 2012

Lagi.. Lagi.. dan Lagi..


Selamat Pagi Semua........
Hari ni nak balik kampung..
Jommmmmm.........

(^_____^)

~~ Gadis Sorban ~~

Monday, May 28, 2012

Download OST Trilogi Cinta

Waaaaaaa........... sangat1000xxxxx hepi hari ni..
Tengok Gadis Sorban senyum lebaq  (^______^).. hehe..
Hepi x terkira ni.. infiniti........ huuuhhhhhhh....


Jom kita kongsi ke'hepi'an Gadis Sorban bersama-sama..


Dengan ini Gadis Sorban nak maklumkan..
Kepada sesiapa yg memang gila dan fanatik dengan Trilogi Cinta mcm Gadis Sorban..
Ampa boleh la download OST Trilogi Cinta dengan klik lagu2 kat bawah ni..


l
l
l
l
V


Julfekar & The Stringers - Melakar Rindu

Siti Nurhaliza feat Kris Dayanti - Tanpamu

Kris Dayanti feat Siti Nurhaliza - Dalam Diamku

Nora - Gelisah

Rifhan - Langkahku


Waaaaa......bahagianya hati.. hahaha.. i'm so happy lorrrr.. :)
Hepi sampai keluaq ayaq mata.. sungguh mengharukan.. T_T


Sesapa yg x suka, sila muntah.. hahaha.. wekkkkkk.... :p


Sesapa yg se'geng' dgn Gadis Sorban, ayuh kita sama2 nantikan kemunculan Trilogi Cinta 2 pulak yang dijangka akan muncul di kaca TV bulan 6 ni.. huhu..


Dengar cerita, Abg Bad jadi hero utama pulak.. ehem2.. apa la cerita Abg Bad dgn Seha tu kannn?? Gadis Sorban pakai tidoq x lena la lepas ni.. nampaknya TV kat rumah tu akan jadi hak milik Gadis Sorban la.. haha..


Abg Bad oh Abg Bad.. lalala.. ~~


(Erkkkk....sebenarnya lagu2 ni dah lama, cuma Gadis Sorban baru terpikaq nak download.. mcm tu kira fanatik ka?? hahaha.. ok tiba2 rasa mcm muka dah semakin tebal.. well ada aku kesah?? haha.. ok nak tutup muka dan cau cin cau......!!!! bye.. :p )


"SALAH DI MATA KALAU TAK NAMPAK, SALAH TAFSIRAN KALAU TIDAK DI NILAI"



~~ Gadis Sorban ~~

Gadis Berbisik ... =)

Tuhan...
Aku tidak perlu seseorang yang sempurna...
Untuk mendampingiku...
Aku hanya ingin seseorang...
Yang dapat menjadi pelengkap kekuranganku...
Membuat aku merasa 'ada'...
Membuat aku tersenyum...
Dan berkata 'Aku beruntung memilikinya'...



Sunday, May 27, 2012

Gadis Berbisik ... =)

Jangan terlalu berharap 

kepada seseorang itu 

kekal manis selamanya

 sedangkan coklat yang paling manis pun

 ada tarikh luputnya.. 

 

Gadis Berbisik ... =)

Mengapa manusia gemar 

mencetuskan pertelingkahan 

sedangkan manusia itu sendiri 

dilahirkan hasil dari

sebuah kemesraan...

 

Wednesday, May 23, 2012

Sangat Jeles Dengan Kamu T_T

Semalam buka2 fb ja, keluar pic ni..
Oh noooo..... nangis sambil guling2.. T_T

Kenapa???? Kenapa????

Ok.. aku 'sangat jeles' dgn Zira..
Imran Ajmain tuuuuuu.....
Oh noooo..... T_T


Tapi xpa.....
Aku masih 'setia' dgn Yus Waisar..... haha.. (^_^)



Hanya mampu bermimpi disiang hari..


~~ Gadis Sorban ~~

Wordless Wednesday


Dammmmmm.... malam ni bermood gedik.. hahaha..

~~ Gadis Sorban ~~

Ohhh... komen pulak laaa... :)

Kali ni aku nak tersengih bagai kerang busuk.. 
Hahaha..



Ohhh..... aku makin tak sabar menanti Trilogi Cinta 2..

~~ Gadis Sorban ~~

Ohhh... like... ^^

Ohhh.... cuba tengok sapa yang like komen Gadis Sorban..


Ohhh... sangatlah hepi hari ni.. 
hilang segala duka nestapa.. 
dunia.......lihatlah aku tersenyum kembali.. 
hahaha..


~~ Gadis Sorban ~~

Sunday, May 20, 2012

Diam - Lufya Omar


Ohhhh.... sangat suka lagu ni.. ^^

~~ Gadis Sorban ~~

7 Petala Cinta


~~ Gadis Sorban ~~