Tulang Belakangku

Tinggalkan Jejak Ampa Kat Sini Supaya Senang Si Gadis Sorban Nak Menjejaki Ampa (^^,)~~

Wednesday, May 2, 2012

Jawapan Untuk Ida Comei ^^

Salam...

Errr...lama x update kan??
Kesibukan la konon2.. hahaha..

Ok la kali ni nak jawab soalan cepumas dari Blog Ida Comei.. hihihi..
Lama dah Ida soh jwb, tapi maaf ya, xberkesempatan.. huhuhu..


Sebelum tu, nak bg syarat2 utk entry ni.. antaranya :
>> Tak boleh tag orang yang sama..
>> Harus meletakkan syarat2 ni di entry..
>> Pastikan mereka semua tahu mereka sudah di'tag'..
>> Ceritakan 11 perkara tentang diri anda sendiri & bkn orang lain..
>> Jawab semua soalan yg diberi oleh manusia yg tag anda itu, dan selepas itu anda pula kena mencipta 11 soalan lain untuk org lain yang anda ingin tag..


So.....ni la soalan2 Ida dan jawapan2 Gadis Sorban :


Soalan Ida nombot 1:
Apa perkara yang boleh buat anda pening kepala?

Jawapan Gadis Sorban :
Errrrr.......hutang dengan Allah ada yg x dibayar lagi..


Soalan Ida nombot 2 :
Watak fantasi apa yang anda nak jadi?

Jawapan Gadis Sorban :
Hmmm....Chibi Maruko Chan boleh?? sbb ada nilai2 kekeluargaan dan sgt comei..


Soalan Ida nombot 3 :
Apa perkara paling nakal pernah anda buat sepanjang hidup anda?

Jawapan Gadis Sorban :
Banyakkkk.. saya mmg sangat nakal.. hahaha.. tapi yg paling nakal time kecik2 dulu :
1. Gunting rambut adik sampai botak.. pastu dia balas balik dgn cucuh bunga api kat pipi saya.. huahuahua.. padan muka.. dah la esok tu nak raya.. raya la dgn parut dipipi.. grrrrrr..... hodoh.. @_@
2. Bakar topi kaledar sampai terbakar lalang2 tepi rumah sampai jiran2 siap nak panggil bomba.. api marak gila.. tapi xpa.. sekurang2nya tidur malam tu xdak nyamuk.. hahaha..



Soalan Ida nombot 4 :
Ciri-ciri pasangan pilihan? Kenapa?

Jawapan Gadis Sorban :
Bertanggungjawab.. bila ada rasa tanggungjawab, secara xlangsung, dia akan bertanggungjawab keatas segala-galanya termasuk tanggungjawab kpd diri sendiri, keluarga, isteri, anak-anak, ibu bapa, adik beradik, masyarakat, agama, bangsa, nagara dan sbgnya.. waaaa....bahagia...... (^______^)


Soalan Ida nombot 5 :
Kalau anda ada anak, apa nama yang anda nak berikan? Kenapa?

Jawapan Gadis Sorban :
Lelaki - Adam - xtaw sbb apa.. mmg suka nama ni dari kecik2 dulu.. hehe..
Perempuan - Zulaikha - sbb mengingatkan sy kpd sorg kenalan down syndrom yg cute..


Soalan Ida nombot 6 :
Anda percaya manusia itu unik? Sebab?

Jawapan Gadis Sorban :
Yappp.. manusia mmg unik.. sebab saya pun lain dari yang lain.. hahaha..


Soalan Ida nombot 7 :
Apa perkara yang dapat menggembirakan anda?

Jawapan Gadis Sorban :
Melihat mak, ayah dan adik2 bahagia.. ^^


Soalan Ida nombot 8 :
Bila anda rasa anda sangat tenang dan hepi?

Jawapan Gadis Sorban :
Solat...... T_T


Soalan Ida nombot 9 :
Apa kemahiran yang paling2 anda expert?

Jawapan Gadis Sorban :
Kemahiran membodek adik bongsu.. hihihi.. dia selalu termakan pujuk rayu saya.. well...kakak kesayangan kannn..... dushhh.. dushhh..


Soalan Ida nombot 10 :
Adakah anda pernah terlibat dengan cinta?

Jawapan Gadis Sorban :
Errrr...cinta manusia?? pernah jgk la.. zaman hidung dok berhingus dulu kala.. hahaha.. cinta alam sekitar sejak azali.. hikhikhik..


Soalan Ida nombot 11 :
Berapa lama anda amik masa nak jawab soalan ni?

Jawapan Gadis Sorban :
Errr...dekat2 sebulan agaknya.. hahaha..


Ok.. la ni, Gadis Sorban nak mintak Jue dan  Mah pulak jwb soalan2 seperti dibawah.. hikhikhik..


1. Apa nama manja ampa dan kenapa?
2. Makanan apa paling susah nak telan?
3. Pengalaman manis sepanjang Form 6?

4. Sapa pemegang rahsia terbesar dalam hidup ampa? hihihi..
5. Ampa suka pantai ka air terjun?
6. Berapa bajet utk kawen? haha..
7. Hello Kitty dgn Shin Chan, mana lg comei?
8. Ampa kaki shoping atau tidak? kenapa?
9. Pandangan ampa tentang - takdir ?
10. Sepanjang dok kat U, apa aktiviti paling best ampa pernah lalui?

11. Mandi sehari bopa kali? huhuhu..




Sekian..
~~ Gadis Sorban ~~

4 comments: