Selamat berpuasa semua..
Hari ni dah masuk hari ke 4.. Bersyukur kita masih diberi kesempatan utk bernafas di muka bumi ni.. Time berbuka tu ampa jgn dok membazir plk taw.. Ingat2 la ramai lg insan yg x bernasib baik mcm ampa..
Entry kali ni aku nak kongsikan sebuah kisah cinta dgn ampa.haha.. Bkn cinta monyet, bkn jiwang karat.. Tapi merupakan sebuah kisah realiti yg menyebabkan hati aku sungguh tersentuh dan menangis x henti2.. Kisah cinta depa begitu menusuk perasaan aku yg sensitip ni.huhu.. Nak nangis lg wehhh..
Alkisahnya bermula mcm ni :
Ketika aku ber'fb', aku jln2 la menikmati permandangan kat wall Kak Jumie yg meletops tu.. Tup2 dia kongsi satu cerita yg membuatkan seluruh USM banjir dgn air mata keinsafan dan simpati.huhu.. Kak Jumie pun amik cerita ni dari kwn dia yg katanya terbaca dari Blog Moon.. Moon ni actually kakak ipar Talib memerangkap wife kpd abg Talib iaitu Sutan.. Memula aku baca cerita tu pun dah tersentuh.. Bila dah sampai ke part 2, aku dah sebak x mau2.. Dah la baca dpn adik aku.. Dok pulun cover bg x nangis sbb cek malu dekkkk nangis dpn ko.. haha..
Terima kasih Kak Jumie sbb kongsi cerita cinta yg mengalahkan cerita Romio and Juliet.. Ok la x mau beletiaq panjang2.. Aku nak ampa tenangkan hati.. Lapangkan dada.. Kosongkan minda.. Sbb maybe ampa akan rasa mcm yg aku rasa lps taw cerita ni..
Kisah Talib dan Norma :
Depa ni baru ja kawen bln 3 thn lps (2010).. Masih baru lg.. Org kata inai kat jari pun dok merah lg.. Bila berumahtangga, mesti la kita nak hidup bahagia kan?? Nak caring2.. Nak buat tu.. Nak buat ni.. Supaya saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.. Hmmm..so sweet..
Sweet Couple ~Talib & Norma~
Tapi, ujian Allah kita xtaw.. Depa ni baru ja nak menikmati alam rumahtangga, tapi dah diuji dgn ujian yg aku rasa kalau jd kat aku, xtaw la aku blh tanggung ka dak.. Bila doktor sahkan Norma mengandung, sudah semestinya Talib la org yg paling gembira sekali.. Tapi, ketika usia kandungan mencecah 7 bulan, Norma mula sakit2.. Lepas ja Norma melahirkan baby comel yg diberi nama Rafiq, terus dia sakit dan disahkan menghidap barah otak.. OMG hanya Tuhan yg taw cmna Talib rasa waktu tu.. Tetiba aku rasa nak nangis puloks..
Kasih seorang suami mengatasi segalanya.. Talib sanggup jaga wife dia dgn baik sekali.. Walaupun Norma xboleh gerak, cuma blh kelip2 mata ja, tapi Talib tabah, dia xpernah merungut.. Aku faham cmna perasaan Talib.. Aku mmg tabik spring kat Talib.. Kalau la semua suami kat dunia ni ada hati yg tulus ikhlas mcm Talib, alangkah bahagianya.. Aku sedih bila teringat kat Rafiq.. Dah la baru baby.. Kecik lg xtaw apa2.. Pastu aku terharu bila seluruh family Talib dan Norma byk bg bantuan dan sokongan kat depa dlm mengharungi ujian getir ni.. Sekurang2nya Talib dan Norma taw, org2 disekeliling depa turut rasa apa yg depa rasa..
Kasih ibu ~Norma & Rafiq~
Norma menanggung kesakitan.. Harap dia kuat hadapi semua ni..
Talib begitu setia disamping isteri tercinta..
Kasih seorang suami.. Owh..begitu tersentuh bila tgk pic ni..
Bak kata Moon, Talib la suami paling tabah dan penyayang mengalahkan Seth (Nora Elena)
Talib & Norma kena strong utk each other dan utk Rafiq..
Kpd Norma, kuatkan semangat utk terus berjuang melawan sakit tu.. Aku fhm kdg2 bila kita sakit, kita rasa down sgt2.. Tapi, Norma kena tabah.. Mungkin ada hikmahnya Tuhan uji mcm ni..
Kpd Moon, tahniah.. Moon mmg kakak terbaik pernah sy kenal.. Kengkawan semua, segala kisah Talib dan Norma adalah atas jasa Moon yg menulisnya dlm blog beliau.. Beliau bkn nak meraih populariti.. Jauh sekali mengaut keuntungan.. Tapi, kerana keikhlasan dan ketulusan hatinya yg sayangkan family, dia sudi berkongsi dgn kita semua..
Dalam bulan Ramadhan yg mulia ni, sama2 la kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi.. Jangan lupa utk sama2 mendoakan kesejahteraan Talib, Norma dan Rafiq.. Semoga Allah meringankan beban mereka.. Amin.. Kpd yg nak menyumbang, ampa boleh menyumbang kepada :
Kalau ampa nak baca kisah selanjutnya, blh la menjengah ke blog Moon.. Almaklum la, aku ni bkn pandai sgt nak tulis2 ni.hehe.. Sebelum buka, sediakan dulu kotak tisu.. Sbb kompom ampa akan menangis bila taw kisah sebenar.. Aku xkenal sapa Talib.. Aku xpernah jumpa pun Norma.. Tapi, sbg manusia, aku harap kita dpt sama2 bantu depa.. Kalau xmampu dr segi wang ringgit, apa salahnya kalau kita mendoakan mereka.. Hanya Allah yg mampu membalasnya..
Aku sedih.. Tapi semua tu bg keinsafan buat diri aku.. Bak kata Encik PJJ : "Tak salah utk awk simpati kat insan lain. Tapi janganlah sampai terbawa2 dlm rutin hidup awk. Saya faham keadaan tu. Jadikan ia satu pengalaman utk awk mematangkan diri dan teruskan hidup awk yg masih jauh pada zahirnya Gadis Sorban. Fikir-fikirkanlah.." Terima kasih Encik PJJ, sudi berkongsi cerita dgn saya.. Maaf saya ganggu awk tgh2 mlm semata2 nak kongsi cerita ni.. Cecece..sapa plk Encik PJJ tu?? haha.. Nnt aku cerita k.. Peace no war.. Sekian dari aku..
No comments:
Post a Comment