Tulang Belakangku
Tinggalkan Jejak Ampa Kat Sini Supaya Senang Si Gadis Sorban Nak Menjejaki Ampa (^^,)~~
Sunday, February 19, 2012
Rahsia Personaliti Huruf Pangkal Nama
huruf A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.
huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia
huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.
huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.
huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.
huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
huruf U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
Friday, February 17, 2012
Dia Bagi Respond Kat Aku Laa ^^
Aku agak hepi 2,3 hari ni.. lupakan seketika masalah2 yg membelenggu.. huhu..
Kenapa??? sbb ada sorg jejaka ni bg respond positif kat aku..
Hahaha.. sapa?? sapa??
Hahaha.. sapa?? sapa??
Jejaka bertuah tu adalah Mohd Fadzly Kamarulzaman atau nama glamour dia Bob Fadzly..
Jeng..jeng..jeng..
Aisehhhh.... kenai dak??
Hahaha..
Hmmm...ce layan gambaq2 ni pulak..
Si dia yang sedang memegang bola takraw tu..
Yang kanan sekali tewww...
Wat muka comey sket.. hehe..
Haaa....ni la Bob Fadzly yg memegang watak Kumok dlm filem Libas..
Pastu apa kena mengena dgn aku pulak???
Hahaha.. jeng..jeng..jeng..
Bob Fadzly ni pendatang baru dlm dunia seni..
Mungkin dia belum popular sbb tu ramai xbpa kenai dia..
Apa yang aku kagum ialah dia ni x belagak..
Layan peminat elok2..
Tapi xtaw la kot2 satu hari nnt bila dah fofular, dia berubah sikap..
Setakat la, aku mmg sokong artis2 baru nak mencipta nama ni..
Wallawehhh... ampa x pcya ka dia ni mesra rakyat???
Mai aku buktikan..
sambungan...........
Aku baru ja add dia kat fb..
Tupp.. tupp.. terus dia komen2 kat wall aku..
Kan mesra rakyat namanya tu.. hahaha..
Artis lain mana ada.. wat dono jahh..
Tapi ada jgk sesetengah artis yg x sombong..
Contohnya mcm Yus Waisar yg selalu bg respond bila aku komen apa2..
Tapi ada jgk sesetengah artis yg x sombong..
Contohnya mcm Yus Waisar yg selalu bg respond bila aku komen apa2..
Ampa kena rasai sendiri pengalaman tu..
Aku rasa terharu weh artis komen2 kat wall aku.. hahaha..
Bangga ooo bangga.. hahaha..
~~ Gadis Sorban ~~
Thursday, February 16, 2012
Jom Kita Binaukan Mata
Adoyaiiiiii ^^
Thursday, February 9, 2012
Ceritera Dot..Dot..Dot..
Wahai encik PJJ..
Awak ni suka buat saya tertanya-tanya la..
Setiap soalan saya awak biarkan tanpa sebarang penjelasan..
Saya putar kot lain.. Awak belit kot lain.. Hahaha..
Awak.....cuba la berterus-terang..
Saya bukan nak makan orang.. xpenah makan orang pun..
Tapi xpa.. Semua persoalan saya akan terjawab jugak satu hari nanti..
Saya nantikan jawapan dari awak.. Ok???
Thanks to be my friend.. ^^
Saya suka ayat awak semalam :
"AWAK DAH DAPAT CARI SAYA GADIS SORBAN"
Hahaha...... sori la reader sekalian..
Entry ni xdak kena mengena dgn ampa..
Antara aku & dia ja.. hahaha..
~~ Gadis Sorban ~~
Jom Check Tahap Kesihatan Ampa
Sunday, February 5, 2012
Masalah Gigit-menggigit
Setiap manusia x pernah terlepas daripada masalah..
Tapi setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..
Baru-baru ni aku pun ditimpa bermacam2 masalah..
Ada yg dah selesai, ada yg dlm proses nak selesai dan ada lg yg masih x jumpa jln penyelesaian..
Tapi xpa.. aku bersyukur.. bg aku, semua ni ada hikmah.. yg penting kita hepi..
Tiba2 aku nak gelak boleh??
Hahahahahahahahahahahahahahahahaha..
Hahahahahahahahahahahahahahahahaha..
Sebenarnya aku bkn nak cerita masalah2 aku..
Benda2 tu biar aku settle sendiri.. kan??kan??kan?? huhu..
Jom kita teruskan dgn tajuk diatas..
Ptg tadi aku dgn adik2 tengok citer National Geographic kat TV1..
Ada la cerita pasai gigit2.. gigit apa??? hahaha..
Depa cerita pasai binatang apa paling kuat gigit..
Ampa taw dak Tok Wan Kura-kura paling kuat gigit mengalahkan Mak Singa (1004/549)..
Juara gigit-menggigit pulak jatuh kpd Abg Buaya (2000)..
Hebatnya kuasa Allah.. :)
Pastu teringat la kisah aku dgn adik2 zaman dulu2..
Time kecik2 dulu, adik aku, Edy paling suka gigit org.. hahaha..
Pantang sapa bg dia sakit hati, terus dia serang..
Kalau gigit sikit2 xpa la.. ni sampai bengkak2.. lebam2.. hahaha..
Aku dah beberapa kali jadi mangsa gigitan dia..
Mujur la ni dah besaq2 dia jd org baik..
Dah x gigit2..
Sekian.. tu ja aku nak tulis pun.. cuti2 ni malas nak update.. huhu..
Mesti ampa bosan kan?? hahaha..
~~Gadis Sorban ~~
Thursday, February 2, 2012
Tiada Tajuk
Sebenarnya aku xtaw nak tulis apa..
Dalam beberapa hari ni, banyak benda dah berlaku..
Lepas satu, satu....... dan bertambah satu lagi..
Sesetengahnya memanipulasikan emosi dan akal aku..
Cuma malam ni hati aku gelisah..
Perasaan bercampur aduk..
Sedih.. kecewa.. terluka..
Geram.. marah.. bengang.. benci..
Rasa bodoh.. rasa xguna.. rasa dikhianati..
Terkejut.. hairan.. tertanya-tanya..
Tapi masih ada sedikit rasa gembira.. bersyukur..
Tak pasti apa sebabnya..
Arghhhhhh.........
Sampai bila aku harus mcm ni???
Sampai bila aku harus berlakon mcm xdak apa2???
Kenapa aku yg diuji???
Ya Allah.. Engkau tabahkanlah hati hambaMu yg lemah ini..
Hindari aku dari prasangka negatif..
Aku tahu Kau telah merencana yg terbaik untuk aku..
Amin..
~Gadis Sorban~
Wednesday, February 1, 2012
Wordless Wednesday
Subscribe to:
Posts (Atom)